fbpx
loader image

FAQ - SOALAN LAZIM

Rujuk persoalan-persoalan yang mungkin ingin anda tahu disini. Jika masih tidak menjawab persoalan di fikiran anda, jangan malu jangan segan untuk whatsapp kami 012-7337752. Team kami siap sedia untuk bantu anda.

Boleh C.O.D atau self collect?

Ya, anda boleh self collect di store kami di Dataran Mentari, Petaling Jaya, Selangor.

T-shirt yang digunakan brand apa?

Kami menggunakan pelbagai jenis brand t-shirt yang sesuai dengan DTG Printing. Fabrik mestilah berasaskan cotton sahaja. Biasanya brand yang kami gunakan adalah Four Square Signature, Empiric, Gildan dan lain-lain lagi. Kami juga ada menggunakan t-shirt custom jenama kami sendiri. Buat masa sekarang, anda tidak boleh memilih jenis t-shirt yang kami gunakan. Ia bergantung kepada stok sedia ada. Ketebalan adalah 165gsm-180gsm.

Saya boleh borong t-shirt di sini dan jual di kedai saya?

Ya, kami ada buka peluang kepada pemborong dan peniaga t-shirt di luar sana untuk berniaga bersama-sama kami. Hubungi kami untuk info lanjut. Bagi mereka yang berminat untuk dropship juga boleh sertai kami untuk jana pendapatan anda hanya dari rumah sahaja.

Boleh custom t-shirt brand saya sendiri?

Ya. Anda boleh gunakan servis custom t-shirt kami : Print On Demand untuk tempahan dalam kuantiti yang kecil. Bagi mereka yang ingin buat tempahan dalam kuantiti yang banyak, anda boleh terus berurusan dengan team kami untuk harga yang lebih istimewa.   

Custom t-shirt design sendiri berapa hari siap?

Kami menyediakan 2 jenis tempahan. Iaitu tempahan biasa, jangkamasa siap 4-7 hari dan untuk express print dengan tambahan rm15, hanya mengambil masa 1-2 hari sahaja bergantung kepada tempahan sedia ada. Biasanya tempahan express print hanya mengambil masa 1 hari sahaja dan bagi mereka yang ada di sekitar Petaling Jaya, boleh dapatkan tempahan pada hari yang sama. Anda boleh buat pilihan ini ketika design tshirt anda sendiri di : Custom T-shirt Design

Untuk Custom T-shirt Design sendiri, saya boleh guna t-shirt kosong saya?

Ya, anda boleh bekalkan pada kami t-shirt kosong anda untuk kami print. Anda hanya perlu bayar harga dtg print sahaja pada kami.

t shirt printed malaysia

Jika anda mempunyai pertanyaan lain yang mungkin tidak terjawab di sini, anda boleh terus hubungi kami melalui whatsapp untuk respond pantas. Team kami siap sedia untuk membantu anda.

Open chat
Hai, Ada apa-apa yang boleh kami bantu?